3 Years Later?
Sunday, February 6, 202210:20 AM

So hi. Hello? How long has it been since my last post? 3-4 years? Wow. A LOT has changed. I graduated yupp, Im a vet now. No convocation whatsoever cause of Rona. Olympics 2020 has passed. Still didn’t get to travel outside the country but hey, everything’s working out just fine. Honestly, I miss writing or I should call it journaling. I miss being here.
So um, life update. One, Im 25 now. Quite old but at least I still in my 20s. Two, Im a private practitioner. Just a small clinic in a suburban area. Less stressful compared to my previous workplace. Three, I still am fat lol. But I dont really care much about how I look now. Lol thats it. I talk to yall later ok? Bye..
Sunday, January 7, 201810:09 PM
Hye. It's been a while. Last time I wrote I was in Asasi. But now, Im in my 3rd year degree. Haiyaa so many things happened. Most of them are just bad memories. Along the years, many many things happened. My father died when I haven't even got into first year. My family since then have financial issues. Money now seems to be everything. I got into Vet Medicines, which I still do not know if this is what I want. My brain is tired. My heart is tired. I give up too easily in everything. I got fat, I got stressed. I don't know if this is my depression era or whatever they call it. They say family keeps you going but things don't usually go easy that way. They say God is still there but I still cry so hard in my heart, it hurts. I fail almost in everything. I can't think straight. I want to harm myself so bad because I think I want to punish myself for something I can't even do properly. I miss my old life. I miss when everything was so okay back then. This is not me.
I don't know who I am anymore. I don't know what I am capable of. My brain is not even functioning, it is as if I'm already brain dead. My heart.... it hurts every single time. I tried so hard to be positive, optimistic but I ended being a loser, being a pathetic human being. What am I suppose to do? They say try and be strong, things will get better. Yeah... what are you? A fortune teller? How do you know my life's someday gonna turn around? Do you really think I am THAT strong? What makes you think I can go through this?
I can't take it anymore. My life.. it's too painful to even move on forward. At the end of the day, I'm alone. No one next to me. I'm useless. I'm worthless. Nobody cares. I'm exhausted. Take me somewhere please... anywhere.
What I've Been Up To Lately pt. 2
Thursday, June 18, 201510:15 AM
Assalamualaikum! Haiiiii... Sebelum kita start , tak salah rasanya aku nk ucapkan Salam Ramadhan to all of the muslims in the world! Hehehehee.. Semoga Ramadhan tahun ni buat kita lg berusaha utk ambil barakah dan berusaha utk kita terus kita tetap kan iman kepadaNya. Amiiin..... :)
So, recently, kita sedia maklum yg my favourite blogger of all time dah selamat diijabkabulkan! Weee~~~ Tahniah Dr. Fatin Liyana and her husband, Dr. Anwar Fazal. Pehh dedua doktor and dedua secocok sepadan semuaaaa ya Allah...
Look at them!! Both of them look so perfect!! :))))) (taken from: instagram mereka)
Then aku terfikir, ye lah. Aku kan perempuan. Benda-2 klise ni kan selalu dijadikan imaginasi. Imaginasi dijadikan harapan. Dan harapan dijadikan impian. Muehehheheehe. Siapa je tak teringin nk wedding mcm mereka ni hamagaaaad? Simple pun simple. Simple but classy. Yeppssss. Ini mungkin termasuk dlm bucket list aku. Hahahahaa mungkin dah tulis dah? Tak hingat sebab lately ni aku terima report drpd kakak aku, aku ni dah mula sleepwalking di tgh malam. Lulllllzzzzzz.... Taktahu bagaimana dan mengapa. Mungkin tulis sesuatu yg klise tu dah jd habit semenjak aku sleepwalking ni? Ok merepek level 9999 infinity n beyonddd.
Next up! So.... Aku cuti ni kerja aku makan (skg tak lah sbb bulan puasa lah tapi selera makan still membuak nauzubillah), tido sgt tak tentu masa. Tido awal, tido lambat. Ada org tanya, kenapa tak kerja je? Ehemm, sebenarnya aku taknak kerja sbb aku nk menghabiskan cuti aku sepenuhnya dkt rumah. Nnt dah naik degree mesti rindu rumah kan? So kalau aku kerja, aku tak ddk rumah, nnt masa aku nk spend dgn family kurang. Lgpun aku boleh tolong mak jaga kucing-2 ku yg comel belaka ni semua. Pastu ada lagi cakap, alaaaa dah kayooo tak yah lah kerja. Pfffft bila masa? Skg ni aku tgh pokai! Nasib baik je ade siket aku saving drpd duit kpt time asasi dulu. Setiap sem aku kumpul. Ceh ceh. Bkn nk bangga tapi kita perlu lah mengamalkan budaya jimat cermat dlm keadaan ekonomi negara yg makin merosot ni. Huhu! So basically, aku skg menganggur lah.
Pulak tu masa aku byk habis dkt kekucing aku. Hehehehehee. Kengkadang teman mak pegi vet, tgok vet buat ape bla bla bla. Bestt. Vet tu pulak meriah sbb ramai customer. Anjing, kucing, monyet (actually kera tp nak jugak panggil monyet sbb mcm sama je) pun adaaaaa tau!! Tp monyet tu doktor tu yg bela. Shomelssssss.
Rasanya tu je lah. Aku tak pergi memana cuti ni sbb aku tgh save duit. Cuti pun tak ke mana sbb siapa nk jaga kucingggg!!!!? So tak ke mana lah. Ddk rumah, main game, helping mum with chores, teman mak shopping groceries. Itu je. Hahahaha tak menarik pun. Oh yeah! I just reactivated my twitter acc sbb apparently aku tersangatlah bosan dkt rumah. So perlukan all sorts of entertainment termasuk lah twitter. So Im back peeepss! Itu sahaja post saya drpd saya. Nanti kan post saya yg makin merepek pada masa akan datang! Thanks for reading :)
What I've Been Up To Lately?
Wednesday, June 10, 20157:35 AM
Assalamualaikum. Hello. Kengkonon gempak je title padahal takde pun.
So kita straight to the point lah ye? Officially aku dah deactivate twitter (yeayyy). And no one gives a damn actually. Sbb takde sape pun yg tegur kenapa aku senyap dkt situ. But yeah, takpe. Benda kecik buat ape nk besar kan, kan? Tapi aku diberi masa 30 hari utk change my mind kalau nk join twitter balik. Ok enough twitter.
Results belum keluar. Results budak matrik, palam, um, ukm, rasanya semua dah keluar. Kenapa? Aku tak sabar ke? Bukan. Makin lama dibuatnya menunggu, makin nervous org dibuatnya. Plus, mak dgn abah tak habis tanya psl results. Adehh! Ok inshaa Allah bulan ni katanya keluar. Inshaa Allah jugak kalau result aku tu lepas utk teruskan cita-2 aku. Hmmmm cita-citaa.......
Then dah nak bulan puasa dahhh wuuu! Cannot wait! Sbb for the first time in foreverrrr, ni bulan puasa first n raya first celebrate yg tak perlu risau psl mana-2 exam (incl exam sekolah, pmr, spm, testssa, quizzessss, assignmentss). Tapi aku tahu next year takde relax mcm ni. So let's just make the best of it (my holidays yakni ddk di rumah bergoyang kaki) while it lasts.
I think thats all to say. Ahahahaa thank you for reading this uninformative material. Hehehehee byee :)
UPM lame?
Saturday, March 21, 201510:41 AM
"Upm? Oh.." dgn buat muka mintak org tumbuk.
Okay here's the thing. Korang asal upm je fikir pertanian. Ok lah. Betul lah tu. Tak salah. Tapi yg salah nya korang fikir pertanian tu low class, low standard. Kejadahan kau nk belajar pun ikot standard ke? Adoii
Upm? Pertanian? Automatically org fikir upm ni mcm last option. Tahu kah anda, UPM ni is one of the best universities dkt Malaysia? Tahu tak UPM pegang nama Research University(RU), which indicates the U itself is one of the top uni in Malaysia.
Aku bukan nk brag ke ape. Tapi.. Yg buat aku geram sesetengah manusia dkt luar sana fikir Upm ni mcm "alaa poyo". Haa mcm tu lah.
Tolong lah Malaysians. Ubah siket mentaliti. Kau nk belajar, bkn nk kejar U mana plg famous, plg vogue, plg cool.
I deserve to be happy.
Friday, March 6, 20153:38 PM
Because everyone deserves to be happy. Everyone deserves to be crazily happy. Trying to make the best memories while I am still here. I love you guys, I do. And I appreciate every each of you who's willing to accept my craziness - not to forget my clumsiness. Terima kasih. Lagi beberapa hari lg kita akan berpisah. Semoga Allah tabahkan hati kita semua untuk menghadapi semester terakhir ni yg penuh dgn cabaran dan kesukaran.
Friday, February 13, 20153:09 AM
Kadang-2 aku kesian dgn mak and abah aku sbb ada anak mcm aku. Drpd kecik smpai ke besar, asyik menyusahkan dorang je. Even drpd dlm perut mak aku lg aku dh menyusahkan mak aku.
Kadang-2 aku terfikir, kenapa aku wujud dkt dlm dunia ni kalau hidup tak habis-2 menyusahkan org yg kita sayang. Sampai dorang menyampah dgn kewujudan aku, sedangkan aku appreciate semorang yg wujud dlm hidup aku.
Kadang-2 aku tak tahu aku ni siapa. Maksud aku, aku tak kenal diri aku ni. I dont know what I'm good at, I dont have any special skills, I'm just plain. That's what I am, I'm nobody and I'm just plain.
Aku jealous tgok org yg confident dgn diri sendiri. Yg sentiasa ade perkataan dkt mulut utk menyampaikan apa yg dia rasa. Aku? Aku sendiri tak faham apa aku ckp. Aku sendiri tak tahu apa aku nk. Tergagap gagap. Hesitate. Low self esteem. And sometimes aku malu dgn diri sendiri.
Apa guna belajar tinggi-2 kalau sampai ke tua kita tak kenal diri kita ni siapa. Apa guna kalau diri sendiri taktahu apa yg kita nk. Aku tak tahu apa cita-2 aku. Aku tak tahu apa capability aku. Aku taktahu. Apa aku boleh buat? Nothing.
Percaya lah ckp aku. Mesti kawan-2 aku yg aku kenal, mesti sekali dlm hati dia, dia rasa menyampah gila mampus dkt aku. Setiap org ade charisma masing-2. Aku perhati je korang, korang pandai attract org. Mcm aku? Aku buat org lg menyampah dgn aku ada lah.
Aku tak pandai berbahasa. Yes, I admit, aku tak pandai nk luahkan perasaan aku, emosi aku. Sbb fikiran aku bercampur baur, bila sampai ke mulut, kosong, tak sampai mesej sebenar tu dkt org lain. Last-2 aku taktahu nk buat ape, aku give up. Sbb tu aku luahkan dkt org yg bebetul faham aku. Tp kalau aku luahkan jgk dkt org yg tak faham ape yg aku nk sampaikan, maaf. Maaf sbb aku amek masa korang dgn memaksa korang dgr luahan tak seberapa penting ni.
Banyak kali aku rasa aku ni bodoh. Sbb aku rasa sgt lacking. Lack of everything. And perasaan ni buat aku rasa insecure, and bila aku rasa insecure, aku seksa diri. Tak kisah lah menyeksa diri secara physically ke or just mentally. Tapi aku dpt rasakan, ni je cara utk aku improve diri. Dgn menyeksa diri sendiri.
Tiap kali aku rasa pressure, or aku rasa aku tak mampu nk teruskan dkt sini, aku fikir mak dgn abah. Aku fikir, drpd kecik aku baby sampai ke besar aku menyusahkan dorang. Aku fikir yg aku ni harapan terakhir dorang. Aku fikir yg aku kena prove dkt org lain yg anak dorang ni boleh buat. Sbb apa? Sbb aku harapan terakhir dorang.
Mungkin korang tak paham apa yg aku tulis. Mungkin korang tak faham apa yg aku rasa. Tapi terima kasih sbb amek masa membaca benda yg pointless ni. Assalamualaikum.
Semester 3 sudahh!
Friday, February 6, 20152:29 AM
.
Haiiii!
Lama gilaaaaaaa tak menulis sampai taktahu nak tulis ape harini
Rasa awkward gilaaaaa
Okay
Aku baru balik drpd kelas yg habisnya pukul 5 ptg
And harini hari Jumaat
Pe. Nat.
Pastu
Aku ada presentation harini
And it went 'well'
Hahahaaha paham lah kan 'well' aku
Hancusssssssssssss
Tapi benda dah lepas enn
Nak buat cm maneeeeee...?
So mengikut post title
Aku dah masuk semester 3!!
Meaning
Aku dah nak habis asasi!!!!!
Next 2 weeks aku dah first test utk this sem
So lepas habis 1st test
Ada lg 2 exam nk kena hadapi
Ya Allah
Excited nak habis tapi
Nanti mesti rindu dorang dkt sini
Lagi satu
Aku tak decide lg degree nk amek apeeeee
Mungkin dah
Tapi nk maintain pointer bkn senang brader
BUKAN. SENANG.
Org dkt sini semua power2
Semua nak buat medic
Semua nak amek vet ;'(
Ada sampai 1 tahap aku meragui yg aku ni ada cita2 ke tak
Haih
Nak maintain pointer
Dgn keadaan aku yg bermalas malasan since start sem ni
Hmmm entoh lerh
Anyways
Doakan aku berjya dkt sini
Inshaa Allah aku doakan utk kejayaan korang
Aku sayang korangg muah muahhh!
*aku malas nk specific kan 'korang' di sini so sape yg rasa diri tu salah sorang drpd 'korang' yg aku refer kan so korang lah tu*
Haaaaa
Faham tak?
Lolsss!
Sekian sahaja pada hari ini. Terima kasih! :)
Logo upm pusat asasi sains pertanian di hati >.<
Sabar min sabarr..
Monday, June 16, 20148:52 AM
Ya Allah,
rindu nya mak,
rindu nya abah,
rindu nya abg-2 aku,
rindu nya akak aku,
rindu nya kucing-2 aku,
rindu nya kawan-2 aku.
Ya Allah, rindu sangatt.
Serious, tempat ni mmg lain bila tak ada korang.
Rindu nya nak ngadu dgn mak macam-2,
Rindu nya nak belasah abg aku,
Rindu nya nak bergaduh dgn akak aku.
Rindu nya dkt Rooney, Pinky, PomPom semua.
Sabar min, sabar.
Min kena kuat semangat,
Inshaa Allah boleh,
Jgn jd yg paling terbaik,
Jd mana yg kita mampu,
Kalau nak jd yg terbaik,
Ramai lg yg berebut nk jd terbaik.
Sabar eh min?
You can do this.
You're a survivor.
Setahun ni min cuba all out, inshaa Allah.
:'/
Okay
Friday, May 2, 20142:17 AM
Takpe lah min. Lain kali kau diam je. Jgn cakap pape. Jgn sebut pape. Jgn respon pape. Diam. Org lagi suka. Bg dorang, mulut kau ni tak layak nk bercakap. So.. jom kita puaskan hati mereka mereka ni semua.
Thursday, April 24, 20148:39 AM
Pernah tak dlm hidup, korang rasa mcm tak layak nak hidup. Tak layak nak bernafas. Tak layak langsung utk semua org. Langsung tak layak jd manusia.
Bukan sebab tak bersyukur. Jauh sekali kata tak bersyukur sbb Tuhan dah bg peluang untuk kita hidup.
Tapi dalam dunia ni kita bukan hidup sorang. Ada juga manusia lain. Kena fikir yg kdg-2 kita kena sacrifice siket utk fit in "the society". Kau taknak kan hidup dlm dunia ni sensorang sedangkan kau terus ckp "biar pi mampus lah org lain. aku hidup bkn asyik nak sedapkan hati org". Pastu sendiri menyesal kata "Im such a lonely bitch. No one would ever want to be me". Well.. Yeah! Kau sendiri yg nak org lain pi mampus. So salah siapa skang ni -- kau atau "the society"?
Benda ni semua aku selalu noted dlm diri. Aku bukan hidup sorang. Yeah, betul "kubur masing-2". Tapi kau nak ke melarat dr dunia smpai ke alam lain kau hidup sorang.
Jujur, banyak kali jugak aku rasa unappreciated. Kadang-2 rasa sedih, kadang-2 alaa lantak kau lah. Perasaan diri sendiri kadang-2 aku tak pernah nak jaga. Sebab sibuk jaga perasaan org lain. Sebab bagi aku.. Takpe, biar org buat aku, jgn aku buat org. Kau nak pijak kepala aku? Pijak lah. Kalau itu buat kau rasa puas hati, pijak.
Bodoh kan aku? Nak kata baik sangat, nnt ada org fikir aku riak. Nauzubillah. So aku jahat lah eh? Okay aku jahat. Tak apa. Kau nak panggil aku jahat, org tak berhati perut, panggil lah. Sebab aku sedar diri aku siapa. Nak bandingkan dgn yg lain, yg lagi hati mulia persis malaikat.. Jauh sekali.
Tak apa lah. Do what you wanna do. If it makes you happy, then do it. Walaupun dgn cara jahat sekali pun, puaskan lah hati korang. Siapa lg yg nk puaskan selain empunya badan kan? Silakan.
I am okay
7:33 AM
I miss everything and everyone. My classmates, my bandmates, my gossipmates, my debate-mates, my friends.
Rindu nak duduk dlm kelas aircond atas tu haa. Rindu nk pegang and tiup trumpet. Rindu nk gossip-2 waktu rehat dkt luar kelas then bersidai. Rindu nak lepak dgn bandmates lepas practice. Rindu nak mencarut "the english way" dlm makmal komputer with my debate-mates.
Aku rindu semua benda. And skang baru aku sedar semua benda ni tak boleh nk buat balik. Hmm kalau lah boleh putar balik masa..
The eff?
Monday, April 21, 20149:30 AM
Assalamualaikum. So I am trying to write something about how I feel tonight. Aku rasa mcm something is bothering me. Semua benda buat mcm tak kena. Overthinking? Maybe. Tak sedap hati? Yeahh. Hmm entah lah. Taktahu. TAKTAHU! Damn it. K good night.
What's happening?
Thursday, April 17, 20149:16 AM
Hai korang. Sihat? Aku pun sihat, Alhamdulillah. Sebenarnya aku taktahu nak tulis apa untuk entry kali ni.
So.... aku cincai-2 random-2 je lah eh? Okay. Kita buat ala-2 FAQ gitchuuuuuuuuuuuuu. Konon konon nak tahu what's happening recently in my life haa gitu lahhh. Okay jom! *bajet retisssss*
1.
Result Spm haritu bape?
- Hamboi kau. Soalan first dah tanya pasal result. Alhamdulillah okay result haritu :)
2.
Kerja lagi kahhh?
- Yepp, still kerja lg. Dekat area rumah je. Dekat and senang nak pergi balik kerja.
3.
Dah dapat P belum ni???
- Yoshh!! Dah dapat. *muka ghairah* Baruuuu je dpt sebeno nya P tu. Heheheee :D
4.
Dah tu asal kau jarang bawa kereta??
- Sebabbbbbb... aku tak berani lg drive jejauh. Dekat-2 sudah maa. Tak berani lagiii...
5.
Upu haritu mohon ape? Matrik dkt mana?
- Upu mohon...... tempat dkt U lah mostly. Matrik ada mohon jugak. Kahkahkah ^^
6.
Berdasarkan result kau tu, kau kata kau dah tahu nak pergi ke arah mana. Haa arah mana tu??
- Good question! Sebenarnya lah.. aku tak tahu lah, aku rasa diri aku ni sangat pelik bila aku cakap aku minat gegila Sejarah. Ada certain Sejarah yg aku tak suka, tp ada yg aku minat. So... aku sebenarnya teringin nak jd someone yg ada kaitan dgn History-2 ni semua. Tapi... banyak sangat tapi dia. Aku tak boleh nk list kan sebab malas. Hoho okay!
7.
Rindu tak member-2 dkt sekolah?
- Ya Allah, rindu gilaaaaaaa subhanallah. Aku taktahu lah. I would give up anything to meet up with semua kawan-2 kelas aku. Tapi.. ye lah. Busy dgn kerja. Sorang dkt Serdang, sorang dkt Kapar, sorang lg dkt Coolblog pb, sorang lg busy kerja dgn ayah jual nasi beriani, sorang lg dkt UO jd promoter, sorang lg baru habis kerja dkt taska tnb... aku tak boleh nak list semua. Tapi ya Allah, aku rindu korang gegila. Bila entah nak jumpa sembang lelama lg aishh. T.T
8.
Dah tukar nombor phone ni, mesti tukar phone niiiiiiiiii......?
- Hahahahaahahaha aku hanya mampu gelak. Simcard problem lah sayang oi.
9.
Bahagia sekarang?
- Alhamdulillah masih lg bahagia. Thanks to Allah swt. Bersyukur bersyukur bersyukurrr..... *keep being pojitip*
10.
Min, dah ada special someone nampak........
- Siapa siapa? Exo??! Memang arh dohhhhhhhhh! Gila kau. 12 org tu special utk aku. Muehehehehee :)
Soalan
BONUS:
11.
Kau dgn ehem ehem ehhhhhhhhhhh?
- Pfffft, entah lah. Sekali lagi aku hanya mampu gelak. Hahahahahahaha xD
P/s: Aku dah lama tak berblog memalam buta. So sekarang dah ngantuk. Esok kerja. Adioss! Assalamualaikum :)
I'm Okay
Friday, February 14, 20148:39 AM
2014.
Not a very good start for me.
Can't say how much I've been through in these past few weeks.
I just hope it will have a good ending.
That's all.
Kisah "Band" Aku
Saturday, February 8, 20144:35 AM
Ahahahaa hai! So kalau ikutkan tajuk pun mmg nak bercerita pasal band. Yeah.. pancaragam. Marching band. Proudly aku ni memang ahli pancaragam dulu. Ahahahaa tak dulu sangat lah. Since dah jejak tahun 2014 ni, aku ni kira dah officially "supersenior" PGSB. Cehh peroudly ko... Ahahahaa astaghfirullah riak riak.. -___-
K, aku join band ni masa awal sekolah menengah lagi. Ingat lagi waktu audition, nama aku first dipanggil. Haiyaa, sebabkan terlalu excited plus terlalu nervous, aku menangis waktu kena interview. Dah lah pulak tu, kena speaking. Sir tanya semua in English. Dah mcm Muet pun ada. Ahahaa muet sangatttt..... Then sir ada lah puji, "Woah your English is quite good ahh.." Then aku cakap lah mak aku yg encourage kan aku ber-speaking semua. Lol, sembang lebih. Ada jugak Sir tanya pasal aku selalu dengar radio ape, suka muzik kenapa and bla bla bla tak ingat sangat. Blurry. Dah lama kott! And and... selalu nya audition band aku ni, dia akan test kita punya memory dlm melody(?), lorhh aku pun taktahu lah mcm mana nak cakap. Tapi waktu tu Sir tepuk tangan dia and then dia nak tgok kita boleh catch up ke tak apa dia tepuk tu. Pastu kena menyanyi pulakkkkkkkkkkkkkkk... cuba bayangkan dah lah aku nervous pastu tgh tersedu sedan nak menangis pastu tetibe kena menyanyi. Sebenarnya aku prepare lagu lain, tapi aku nyanyi lagu lain. Aku nyanyi lagu sedih, konon nak ikut situasi waktu tu lah. Aahahahaa poyo!! Pastu dah habis nyanyi, Sir bg komen.. "You have a high pitch voice ahh.. very nice very nice." Dalam hati aku, "Cepat lah sir... air mata nak meleleh dah niiiii~~" sambil tersipu-sipu malu. Waktu ni lah aku rasa aku poyo gila. Al-maklum lah, muda lagi. Belum 13 tahun lg. So, aku pun keluar bilik audition tu... Ramai terkejut tgok aku menangis. Dah lah aku org first kan. Nampak aku keluar dgn keadaan air mata meleleh sbb nervous melebih, terus diorang suspect yg org interview tu mesti garang smpai buat aku menangis. Ahahahaa bengong..
Pastu aku menyesal sebab aku menangis waktu audition dulu. Putus dah harapan aku nak masuk band, main muzik semua. Give up terus aku dgn hidup ni. Ecewahhh.. Lepastu tuptup.. aku nampak nama aku terpilih sebagai ahli baru PGSB. Jyeahhhh~ Of course lah happy! Dah lah aku tak dapat jd pengawas ann waktu form 1 dulu. Haa sedih kott. Ahahahahaa~ Then aku pergi lah stadium mppg tu utk sesi latihan pertama dlm hidup. Latihan pertama ni more on introduction.. sir ajar sesiket note semua. Aku belajar waktu tu, and then waktu tu jugak terus lupa. Haiyak! Then............. dapat dgr seniors main muzik! Aku tak igt lagu apa tapi aku sangat sangat sangat amazed dgr dorang main. Best gila, masyuk gila! And and.. ramai gila! K sambung..
Aku terus dapat alat...
TRUMPET. Aku taktahu kenapa aku terpilih utk main alat tu, mungkin muncung aku terlalu ketara tapi entah lah. Ahahahaa.. Then mula lah main lagu, berlatih scalling(?) semua. Aku tak pasti itu ejaan dia tapi org band pepaham lah kan. Haa.. Then waktu tu kitorang kena prepare utk competition marching band. Aku dpt tempat lah. Ya Allah... mmg waktu tu... mental breakdown, physical breakdown, apa-2 breakdown semua aku rasa. Aku mcm culture shock. Tersangatlah perit nak lalui smpai ada satu tahap tu aku nak
GIVE UP. Then aku cuba lah utk ikut flow since aku junior, aku baru, banyak lg aku belum belajar. So.. aku ikut je lah flow waktu tu. Nasib tak menyebelahi aku, aku tak dapat nak join utk competition tu. Tak ada rezeki. Tapi aku lega sebab kali pertama aku dgr "beliau" tunjuk sifat dia yg sebenarnya baik dan lembut. Aku takkan lupa sampai bila-2, even sampai mati.. :')
"Awak tak bersedia lagi untuk tahun ni. Saya terpaksa keluar kan awak. Tak apa, lain kali ada peluang sebab kalau utk persembahan tak apa lah, ni kita nak pergi bertanding.."
Tapi, walaupun tak dapat join dalam team, aku jadi QM! Ahahahahaa biasa lah junior baru kan. Tak sah kalau tak ada pengalaman jadi QM ni. Haaa tengok dik oiii, akak kau ni pun dulu QM jugokk. So.. kalau adik-2 terpilih jd QM tu tak payah lah rasa diri terlalu rendah or rasa tersisih. Pengalaman ni semua dikk. Best kalau kita cuba. Lgpun org cakap, biar kita start dr bawah dulu. Alhamdulillah... akak takpun jd QM selamanya. Haaa.. akak dapat jugak join a few performances lepas tu.
Bila aku sedar... aku dgn band ni dah dekat 5 tahun. Banyak aku lalui sebenarnya. Mungkin bukan aku sorang, mungkin ada jugak members yg lain rasa pengalaman yg sama mcm aku lalui. Dulu aku selalu mengadu dgn org dekat-2, cakap lah band ni susah lah... aku nak give up lahhh... aku dah tak tahan lahhh... Selalu! Tapi tengok... aku sendiri yg cakap mcm tu, aku boleh tahan 5 tahun dalam band ni. Bila fikir balik, aku ni kuat jugak ekk boleh tahan sampai 5 tahun. Ada a few members yg masa mula-2 join kata beriye I love band, I love bla bla bla... Tapi tak sampai 5 bulan dah quit, dah give up. Aku macam.. what the hell man? Aku yg byk merungut dulu pun boleh tahan, kau yg konon nya dulu love-2 sarang-2 sayang-2 band ni tetibe dah give up easily mcm tu je. Aku bukan nak cakap besar, tapi betul. Aku sendiri rasa benda ni. Aku dok perhati jugak juniors yg aku rasa boleh tahan and tak boleh. Betul, aku dulu siketttttttttttt je lagi nak give up semua benda tapi Alhamdulillah.. aku boleh bertahan. Nak cakap aku pro main alat, ehh.. tak jugak! Jauh tu! Ada org lagi hebat dr aku yg sama batch dgn aku sendiri.
Mohon terasa Yin... Ahakss! xD
Entah lah. Aku taktahu kenapa dan bagaimana aku boleh tahan selama 5 tahun ni. Allah swt nak bagi aku rasa pengalaman ni, so that when I'm no longer with them, I'll cherish them, I'll remember them, I'll remember all the hard times I've been through being with them. Jujur lah aku cakap.
Nak jadi ahli pancaragam ni bukan senang dikkkkkkkkkk.. Awal-2 interview lg sir dah cakap, "You need to be tough not only physically you know, but mentally also...". Aku ingat okehhh! Haa..
So... apa aku nak cuba cakap ialah..
kita jgn give up that easily. Kita taktahu sebenarnya benda yg susah ni lah sebenarnya buat kita lg matang, lg bersyukur. Aku bersyukur sangat-2.. parents aku supportive, diorang tak baran kalau aku kena tibai ke kena apa semua, instead diorang lg support aku utk terus stay walaupun mmg aku dah decided nak give up. And waktu tu jugak lah, aku bersyukur sangat sbb abang aku yg waktu tu dia nun jauh dkt KL, ecehh.. dia still support aku. Dia suruh aku stay, see what will happen, mana tahu good things will come around kan? That's what he said. Life IS hard. But whatever it is, kita kena get through. Kita tak boleh lari and terus give up on everything. Eventually, kita akan face the same thing, mungkin lebih challenging. Kita taktahu kan?
Sepanjang aku stay for almost 5 years dalam band ni, aku dah kenal what is the meaning of
friendship, sisterhood thingy. Lols! Most important,
teamwork. Paling valuable bagi aku of course,
friends. Batch sama dgn aku, aku dah anggap mcm kembar sendiri. Juniors pulak mcm adik sendiri sbb aku tak ada adik kan. Seniors pulak, dah mcm cikgu and kakak sendiri. Sir(s) pulak dah anggap macam ayah sendiri. Yeah, macam family. Of course dalam family kita ada hard times and all. Tapi... yeah.. aku bersyukur sebab aku diberi peluang utk rasa pengalaman mcm ni, my second family. Next thing I know bila aku dah cecah umur 40-50 tahun ke kan, inshaa Allah kalau umur masih panjang, aku akan ingat balik benda-2 ni. One of the most valuable, loveable experiences I've ever had. Alhamdulillah ya Allah, Kau beri aku peluang mcm ni. Aku bersyukur sangat-2. :')
Ingat, dalam hidup kita tak semestinya kita sentiasa tenang. Ada masa kita kena lalui jugak benda-2 susah ni. Sampai bila kita nak lari kan? Bila kita lari, benda yg lg challenging akan kejar kita. Haa.. so.. point aku sebenarnya nak bg nasihat dkt juniors. Korang belum nampak lagi pengalaman-2 manis dalam band ni. Korang tak rasa lagi betapa valuable nya bila kita ada pengalaman mcm ni. Pengalaman ni susah nak dapat dikk. Jgn lari, teruskan perjalanan awak tu. Trust me, we've been through a lot worst than you guys have been, jangan give up that easily. Best sebenarnya. Your sectionmates boleh jd one of your good friends. Your knowledge in music, mana tahu boleh sambung utk college ke kan? Your knowledge in music boleh jadi advantage utk masuk kelab dkt universiti ke. Anything! Your own batch could be your best friends! Taknak lah cakap panjang sangat, kena rasa dulu, baru boleh tahu mcm mana. Okayyy? Okay.
P:s : I do miss playing trumpet a lot. Bila aku tgok juniors aku main, aku rasa mcm alahaii rindu nya.. Ahahahaa gedik. Btw, setakat ni, ni lah entry paling panjang aku pernah tulis. Kalau typo ke apa, harap maklum, aku tulis dgn penuh perasaan. Assalamualaikum! Terima kasih sbb sudi membaca.. ^^
Sunday, February 2, 20147:37 AM
Hahahaa, gong xi fa cai! Xi Nian Kuai Le!
K tu je aku tahu. xD
So, sepanjang cuti ni aku tak buat apa sangat. Dapat rehat lah daripada bekerja sekejap. Hahahaa yepp, aku dah start kerja. Dekat mana tu? Haaa tak payah tahu. Sbb mmg ada yg dah tahu. Syukur lah dah ada tempat kerja ni. Boleh sokong ekonomi diri ni sesiket. Mueheheheee, and boleh lah shopping sesiket. Lols! I ni walaupun ganassszzzzz, tapi hati ni still berjiwa perempuan okay. Haaa, naluri seorang perempuan nak ber-shopping aku sangat kuatttt!!! Tapi Alhamdulillah lah kott.. aku still boleh kawal... siket-2. Hahahahaa!
Bukan apa. Kadang-2 aku rasa mcm aku ni kuat sangat memilih. Kalau boleh nak kena dgn taste sndiri tu. Haa, contoh kalau aku nak beli baju lah kan.. sekali baju yg kena dgn taste aku tu mahal nauzubillah, mmg aku fikir 2-3 kali. Lastly, mmg aku takkan beli. Sebab aku jenis takut nak keluarkan duit. Especially untuk barang yg macam baju, kasut and etc. Tapi ada jugak aku main beli je. Hahahahaa! Aku ni nak beli pape kena consult dkt mak aku dulu. Haaaa, dia kalau bab-2 uruskan kewangan keluarga ni mmg Number 1 beb.. All mums are like that, I think. Sebab tu org panggil si ibu-2 ni Menteri Kewangan dalam institut keluarga! Hamboii kau! xP
Ramai org tanya aku. Daripada kasut, baju, seluar, kain, dress bla bla, beg and any other accessories, aku paling suka apa? Huh! Sonang! Orang yg mmg kenal aku mmg tahu aku minat mana satu. Jawapan nyaaaaa...
KASUT!
Kenapa? Haa itu aku taktahu. Mungkin mmg aku dilahirkan dgn semula jadi untuk minat kasut ni. I am soooooo obsessed with shoes. Any shoes! Tapi heels ni aku tak umph siket. Sebab aku tak suka pakai heels yg tetinggi pastu jalan tercucuk cucuk dkt tanah or jalan semua. Aku tak suka. Bagi aku, yg selesa mungkin sneakers lah kan. Mmg tutup kaki semua. Selesa pulak tu. Haa, lagi satu aku suka jugak flats and wedges. Bukan cheesy wedges woii! Itu sodap untuk dimakan. Wedges yg aku referkan ni sodap untuk dipakai.. di kaki.
Kenapa tak suka baju, apparel tu semua?
Itu pun aku tak boleh nak jawab. Sebab mmg tak ngam dgn benda tu. Minat mmg minat. Tapi tak se-obses aku dkt kasut. Mungkin sebab badan aku jenis yg besar, so mcm susah kadang-2 nak cari baju ni semua. Haa mungkin mungkin.
Cuti ni aku banyak scroll gambar dkt ig. Shopping online kata nyewww. Memula aku nak cari 1 benda je. Sekali hamek kauuu! Semua benda kalau boleh aku nak beli. Tapi aku cuba tahan nafsu. Fuhh! Ahahahaa.. Dah pun made up my mind nak beli apa. Pfft! And hari tu, aku dgn siblings aku pergi stadium MBJB.. peace yawww! Ecehhh, ni semua semata-mata nak tgok Maharajalawak Mega '13 and nak support abang-2 Shiro kitooo. Ahahahaa gedik! Geili aku. Aku dari dulu lg bhaii minat Shiro. Cehh tak dulu sangat lah. Sejak MLM yg diorang menang 3rd place tu. Haaa, aku minat gitu je sbb lawak diorang mmg lawak! Plus, diorang asal Johor maaa~~ Kita sbg anak jati Johor mmg patut sokong diorang and comedians lain mcm Sepahtu and Bocey tu. Whatever it is, good luck lah final nanti korang! Perform lawak biar lawak tu logik siket. Merapu tu boleh cuma merapu nya tak payah over. Haa itu je. Pffft!
P/s : Aku kerja esok. So, good night semua. Assalamualaikum! Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang utk baca karut-2 aku ni semua. Ahahahaa.. :)
P/ss : Lagi sebulan lebih lagiiiii... *gulp*
I'm in love!!!! Withhh....
Wednesday, January 22, 20145:52 AM
Hye everybodyyyyyyyy! I'm back...... Hahahahaa poyos. Bajet retis arh nak buat comeback ni? Pffft.. Okay, I just wanted to say... HAPPY NEW YEAR !!! Yeay..... baru nak wish lepas 3 minggu. Eh biar lah. Lu apacitakkkkk... Dah ape aku meraban ni. -.-
Serious! Basically, tajuk pada hari ni bercerita tentang "love". Dengan siapa kah? Hohh??? Dengan siapaaaaaa? Haaaa.. ni nak cerita ni. The 'person' I'm in love with is......
E.X.O
I just spell them E-X-O, takkan lah nak panggil mcm tu kan. Skema gila. Ekso haa nama jawa nya! Jujur lah aku nak cerita ni, aku suka dekat Exo dulu ni sbb lagu "MAMA" diorang dulu tu. Yeah, lagu debut diorang. Aku suka gilo tawukkk. Sebab apa? Sebab lagu dia powerful and sebagai group yg rookie ni, aku tak sangka suara, dance moves diorang power. Sebab bg aku.. "Alaaa, rookie jeeee....." Lols, lepas dgr lagu diorang, hamek kau! Suka bukan main. Akan tetapi... waktu tu aku tak kenal pun diorang ni satu-2. Maklumlah.. 12 members semua sekali. Bahagi dua untuk Exo-K and Exo-M ada 6 org each. Aku terus buat konklusi yg aku malas lah nak tahu nama semua. Ramai sangat org..... Pffft! Padahal SuperJunior yg ada 13 members tu aku boleh je ingat nama, muka, perangai memasing. Haa, nampak sangat malas dkt situ hoii..
Disebabkan aku malas nak tahu pasal diorang semua, aku terus lupakan diorang. Cuma ingat lagu "MAMA" tu je lah. Haa, asal org ckp psl Exo je, aku pro bab lagu tu je lah. Pfft! And aku cuma kenal 2-3 org je dulu - Kai, Luhan dgn D.O. Haaa, then tahun lepas... Zurain lah yg start minat gegila dkt dorang smpai meja dia ada gmbar Luhan and others. Hahahaa ada lah Beast semua. Kalau Zurain cerita psl Exo je aku kengkadang mcm blur. Aku tahu diorang siapa, cuma tak kenal dgn lebih arif lg waktu tu. Ecehhh, bajet mcm dah kenal sgt diorang tu. xP
And then!!! Taktahu lah start bila.. Nak cakap lepas tgok RunningMan yg ada episod diorang tu, taktahu lah. Memula just nak search video diorang dkt Youtube. Suka suka je. Lgpun aku curious sbb apesal diorang ni popular sgt woiii. Selalu trending dkt twitter and all. So, aku pun cek satu-2 videos about them. Suddenly, *poof* boleh jatuh hati pulak. Hadoiiii... Tapi nasib baik jatuh hati lepas SPM. Haaa! Advantage dkt situ. Ingat kan sekejap je tau minat dkt mereka ni. Sampai skang kott cair asal tgok wallpaper desktop. Hehehehee mmg ada gambar diorang punnnnn. Mihmihmih..
Then mula lah aku spazzing psl diorang. Repeating the same song over and over again. Watching Showtime tiap-2 malam. Haa, parah! Sebelum tidur kena tgok dulu tu. Hahahaa sebab kita kan nak tidur kan? Nak tidur kena hati lapang, buang perkara-2 negatif tu semua kan. Haa, tengok video Exo ni bg aku boleh buat aku ketawa, happy. So, aku rasa mcm.. happy lah gitu. Tp mmg lah kan sebelum tidur baca doa semua. Kena bagitahu. Kalau tak kena label macam-2 kanggg... Dalam Exo ni aku suka semua sebenarnya! Semua handsome, cute, everyone is simply talented dkt bakat masing-2. Tapi aku paling jatuh jatuh hati sekali dkt 2 org ni...
D.O (Do KyungSoo)
Chen (Kim JongDae)
Kenapa aku suka mereka ni lebih siket dr yg lain? Haa.. Si KyungSoo ni aku suka first masa MAMA dulu. Suara dia. Pehhhh.. to die for!!!! Serious dia punya suara buat aku melting wehhh. He has that RnB type of voice yg soft and gentle. If he sings in a live performance, suara dia macam auto-tune gitu tapi tak, dia nyanyi live! Lagipun dia cute, his derp face is hilariously hilarious! Kalau Chen pulak, aku tertarik dgn suara dia jugak. Dia ni boleh dikatakan Changmin the second. High note semua sampai kalau dia nyanyi. And dia ni mcm charismatic lah. And dia gentleman jugak. Not THAT gentleman tapi still sweet semua. And his smile! Ahhh cute woiii! Haa dua-2 ni vocalist dlm Exo. Lg sorang vocalist - BaekHyun. Haa suara dia pun sedap jugak. Ahh senang cerita suara diorang bertiga ni mmg best! Macam mana SM train diorang dulu pun aku taktahu, Hebat gila memasing. Tengok sunbaes diorang siapaa - SuJu, dbsk, shinee and etc. Semua hebat-2.
Untuk entry ni aku nak cerita pasal diorang ni je. About lain-2, akan datang lah kott. Kott lah. Aku ni malas nak update kengkadang. So, terima kasih lah sudi baca entry kali ni yg agak panjang ni haa. Okay, byebyeee!
Last Tribute To My Late Grandma
Friday, November 15, 201312:45 AM
"Eh ehh esok mimin dah start periksa dah ehh.."
"Tahun depan raya mesti meriah ekk.."
"Siapa nanti nak jaga abang..?"
Those are some of the last words from my late grandma. Ya Allah ya tuhanku, sebak sungguh rasa bila dapat tahu berita ni semalam. Aku rasa kosong. Speechless. Tergamam. Sebak semua ada. Maktok dah takde. At first, aku macam tak percaya langsung. Tapi bila dah renung-2 kan, ini semua kehendak-Nya. Allah SWT lagi sayangkan MakTok aku. Dah tiba masa nya untuk dia pergi jumpa dengan Maha Pencipta. Kita yang masih hidup, kita cuma kena reda and terima qada' dan qadar. Ye, aku tahu. Ada hikmah semua benda ni berlaku. Ada sebab Allah SWT buat macam ni. Allah SWT tgh menguji aku. Aku cuma kena sabar and terus berdoa so that Allah jadi kan aku kuat. Everytime aku rasa nak give up or breakdown in tears, aku selalu fikir "Kenapa Allah uji aku mcm gini sekalii?" But then aku sedar, siapa lah aku smpai nak cakap macam tu sekali. Sungguh tak layak aku cakap mcm tu. Allah takkan beri ujian sesuka hati, Dia cuma akan beri ujian yg berat hanya untuk org yang kuat menghadapi nya. Takpe, selagi nyawa aku masih ada, aku cuba jadi kuat untuk kebaikan diri jugak kann.
Masa arwah pergi, aku takde dekat sisi dia. Waktu tu aku tengah exam Sejarah SPM. Balik je, call abang suruh amek dekat sekolah, terus aku dapat berita yang MakTok dah takde. Tergamam aku. Orang keliling tu je tahu macam mana aku rasa waktu tu. Ya Allah, lepas nii.. balik kampung, maktok takde. Bila nak makan masakan maktok, tak dapat nak merasa. Bila nak mengadu psl sekolah dkt maktok, maktok dah takde. Aku fikir, "Macam mana lahh hidup aku lepas ni Ya Allah..". Ape-2 pun, aku tetap kena reda, Yes, of course mesti aku rasa sedih. Sedih nak biarkan sebab Allah je tahu mcm mana aku sayang arwah. Lepas SPM, macam-2 aku rancang nak buat dgn arwah. Balik kampung, belajar memasak dgn arwah lah, amek lesen then bawak arwah pegi jalan-2 lah. Macam-2 aku nak buat. Tapi.. nak buat mcm mana kan? Dah tiba masa dia.
Ada jugak arwah pernah cakap, tahun depan raya mesti seronok. Sebab apa? Next year for the first time, abg aku akan balik from Brussels sbb dia nak beraya sama-2 since dah duduk sana for 3 years. Then next year jugak, semua dah berancang nak balik raya sambut meriah dkt kampung arwah. Jujur aku cakap, aku tak sabar nak tunggu tahun depan, sebab apa? Sebab nanti semua org ada. Semua saudara, cousins, my dear abang yg dah lama gila tak jumpa, all beraya under the same roof. But now, it's too late. Next year will not be as we planned. Macam-2 aku dengar cerita from my mother pasal semalam (the day she died). Aku dengar, aku rasa sebak. Ya Allah.. sebak sangattttt.Then mak ada cakap arwah maktok teringat yg aku dah nak amek SPM. It was then.. my heart dropped and I felt totally.. speechless. Aku tgh sibuk dgn preparation, arwah boleh teringat pasal aku yg jarang-2 balik kampung. It won't be the same as before now. Mesti rasa janggal.
Maktok, mimin nak amek SPM ni. Lagi berapa kertas lagi mimin nak habiskan. Min ingat lepas min habiskan semua paper, min nak balik kampung, tidur sana, belajar memasak dgn maktok. Tapi min tahuu.. Allah lebih sayangkan maktok. Maktok, min tak dapat nak janjikan straight As. Tapi min janji, min cuba buat yg terbaik. Min cuba sedaya upaya. Inshaa Allah.. Maktok dekat sana doakan mimin ehh , maktok? Mimin takkan lupakan Maktok. You're the most kindest, most wonderful person I've ever met in this world. Lagi satu, min cuba jadi kuat. Min akan cubaaaaaaa jadi kuat! *tunjuk muscle* Lepas habis paper, inshaa Allah, min akan melawat pusara maktok.
Sleep well now, Puan Rahmah binti Yasin. We all will miss you a lot, maktok.Trully a lot. Al-Fatihah..
Saturday, October 19, 201310:58 PM
Sabar min, sabarr..
Tak lama.
Sekejapppp je lagi.
Tahan siket je.
Inshaa Allah boleh.
Inshaa Allah, Allah permudahkan segala nya.
Inshaa Allah, Allah tolong nanti.
La Tahzan min.
Sabar ehh?
Sabar siketttt je lagi.